Ahad, 20 Mei 2012

Politik Islam

Assalamualaikum sahabat pembaca sekelian... berjumpa lagi kita diruang ini...semoga perjumpaan kita pada masa yang lalu dan sedikit pengkongsian daripada saya yang hina ini dapat memberi manfaat kepada kita semua..bukan untuk dunia kita..tetapi untuk akhirat kita yang lebih utama lagi.

Allahamdulilah..pada kesempatan kali ini, saya saya nak postkan sebuah video berkaitan dengan sistem politik islam. Nak buat macam mana kan...politik dan islam memang tidak dapat dipisahkan...Rasululah saw telah mengajar umatnya daripada sekecil-kecil perkara sehinggalah kepada sebesar-besar perkara, daripada adab memotong kuku sehinggalah perkara yang lebih besar seperti ibadat, politik, urusan perlantik hakim dan lain-lain lagi... itulah indahnya islam..sebuah agama yang syumul.

Semoga perjelasan daripada rakaman video yang disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Ismail Kamus ini dapat memberi manfaat kepada kita..insyallah...selamat menonton



Sejarah Politik Islam

Rabu, 16 Mei 2012

Makna-makna Bacaan Dalam Solat




Assalamualaikum dan salam sejahtera pada pembaca sekelian yang dihormati dan disayangi. kali ini, kita akan cuba memahami mengapa Islam menuntut umatnya agar khusyuk di dalam solat. Namun saya tahu bukan mudah untuk mendapatkan solat yang khusyuk sepenuhnya. Kadangkala sedang solat, kita terfikir bagaimana nak ubahsuai blog, lepas ni nak pergi sini sana, nak call mak kat kampung dan macam-macam lagi. Sedangkan ketika kita memikirkan semua itu, kita sedang menyembah Allah SWT. Jadi secara tak langsung, bukankah itu perbuatan yang menyekutukan Allah? MasyaAllah.

Rabu, 2 Mei 2012

Furu' Al-Masa'il rungkai masalah ummah




Di Nusantara, kita telah lama mengenali kitab Furu’ al-Masa’il karangan ulama tersohor nusantara Sheikh Daud Fathani kerana ia menjadi kitab mentelaah di masjid dan surau suatu ketika dulu. Kitab ini memaparkan masalah-masalah fikah dalam mazhab Syafie termasuk masalah furu’iyyah (cabang) yang kadang-kadang tidak terjangkau oleh pemikiran manusia.
Hari ini, anak-anak remaja kita tidak tahu tempat khusus untuk merujuk kepada permasalahan yang mereka hadapi. Lebih-lebih lagi permasalahan sulit yang memalukan. 

Anak-anak lelaki dan perempuan berhadapan dengan masalah baligh, air mani, air mazi, hukum onani, mimpi basah, istinjak, istibrak, khatan, mandi wajib, pergaulan dengan perempuan seperti bersentuh kulit, berpegang tangan, bercium, berpeluk, berkhalwat, mukadiamh zina, jimak, hubungan sejenis (homoseksual), liwat, pornografi, gay, pondan, dan sebagainya.

Jumaat, 20 April 2012

Indahnya Hidup Bersyariat






Maksudnya : Sesungguhnya, semulia-mulia kamu disisi Allah ialah orang yang lebih bertakwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah maha mengetahui lagi maha bijaksana.(surah al-Hujurat:13)

Assalamualaikum sahabat-sahabat saya sekelian, berjumpa lagi kita diblog saya ini...dengan rasa rendah diri, saya mengucapkan juga selamat datang kepada sahabat-sahabat yang baru singgah dan baru mengenali blog ini..sebagai perkenalan ringkasannya, blog ini hanya menawarkan sumber,maklumat, infomasi tentang islam sahaja..bukan untuk menunjuk bahawa saya seorang sahaja yang pandai, tetapi lebih kepada pengkongsian ilmu semata-mata.. semoga usaha kita bersama ini, tercatit amalan disisi Allah sebagai amal soleh..insyallah.

Bertitik tolak daripada ayat diatas, sebagai hamba allah kita seharusnya berusaha untuk mengabdikan seluruh jiwa dan raga kita kepada keesaan-Nya, melaksanakan amalan soleh dan kebajikan serta menjauhi segala larangan Nya setiap masa. Dalam erti kata lain, seorang muslim yang beriman seharusnya mendidik diri, keluarga dan masyarakat serta memenuhi tuntutan ibadat. Proses pendidikan ini tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna sekirannya seseorang muslim itu tidak mempunyai ilmu atau memahami perkara-perkara asas dalam islam.

Isnin, 16 April 2012

Album ke-2 Maher Zain (Forgive Me)

Ringkasan Mengenai Album:  Setelah berjaya dengan album pertamanya, "Thank You Allah" (2009), Maher Zain kini mempertaruhkan album terbaru beliau “Forgive Me”. Dengan alunan suara yang mantap lagi bertenaga, Maher Zain kini kembali dengan lagu-lagu baru yang lebih mantap serta lirik yang menyentuh hati.
Alunan suara Maher Zain tidak akan menghampakan peminatnya malah, para pendengar akan terpukau dengan mesej ketuhanan yang disampaikan begitu harmoni menusuk kalbu.
Album yang mengandungi 14 track lagu ini dijual pada harga RM29.90

Ahad, 8 April 2012

Umat Islam Ikut Cara Yahudi

Daripada Abu Sa'id r.a berkata, bahawasa nya Rasululah saw bersabda "Kamu akan mengikut jejak langkah umat-umat sebelum kamu sejengkal demi sejenkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk kedalam lubang biawak sekalipun, kamu akan mengikuti mereka. sahabat bertanya : "Ya Rasululah, apakah Yahudi dan Nasrani yang engkau maksudkan ?" Nabi saw menjawab: "siapa lagi kalau bukan Yahudi dan Nasrani" (HR Muslim)


Assalamualaikum sahabat-sahabat ku sekelian, terima kasih kerana masih lagi sudi singgah ke blog saya yang tidak seberapa ini hanya sekadar untuk berkongsi ilmu pengetahuan bersama-sama. Pada kali ini, saya ingin mengajak sahabat-sahabat sekelian untuk menonton klip video yang disampaikan oleh Al-Fathil Ustaz Azhar Idrus yang mensyarahkan potongan hadis diatas daripada  kitab "40 hadis tanda-tanda hampirnya hari kiamat" yang pada pandangan saya amat releven diambil iktibar oleh kita semua pada keadaan kejatuhan umat islam pada hari ini.... semoga sedikit pengkongsian ilmu ini dapat memberi "guideline" dan memberi manfaat kepada kita semua..insyallah.


p/s: SELAMAT BERILMU, BERIMAN DAN BERAMAL :)



Rabu, 14 Mac 2012

Tentang Cinta



FIRMAN Allah SWT yang bermaksud: Bukanlah kewajipanmu menjadikan mereka mendapat petunjuk, akan tetapi Allahlah yang memberikan (memberi taufik) siapa yang dikehendaki-Nya (al-Baqarah: 272)


Baginda Rasulullah s.a.w Bersabda :"Wahai sekalian pemuda, siapakah antara kamu yang telah mampu memikul beban nafkah hendaklah dia berkahwin" (hadis riwayat Abu Daud)


kepada sahabat pembaca sekelian, saya berpesan kepada diri saya sendiri dan rakan-rakan pembaca sekelian untuk sentiasa bertakwa kepada Allah s.w.t dengan sebenar-benar takwa dan berdoalah kepada Allah s.w.t agar kita mati didalam islam, disamping itu, sentiasalah basahkan bibir kita dengan kalimah zikrullah dan selawat kepada junjungan besar kita Nabi Muhamad s.a.w, kerana dengan rahmatnya, dapat kita mengecapi nikmat islam dan iman dalam diri kita pada ketika ini. Isu entry saya pada ini membincangkan  isu "TENTANG CINTA".. lain macam kan..namun inilah hakikatnya..kerana itulah fitrahnyanya..dan Allah yang maha pencipta melahirkan perasaan cinta dalam diri kita dan Dia juga memberi guideline kepada kita melalui al-Quran dan hadis.