Jumaat, 24 Februari 2012

Allah Is Calling



Assalamualaikum...
Sabda Rasullah saw:"Sampaikan daripadaku walaupun satu ayat dan bicaralah tentang kisah (hadis) Bani Israel, tidaklah ia suatu kesalahan Dan barangsiapa yang berdusta atas aku dengan sengaja, pasti dia akan mendapat tempatnya di neraka"
Terima kasih kepada sahabatku sekelian, kerana masih sudi singgah ke blog saya yang tidak seberapa ini, semoga dengan perhatian sahabat sekelian ini dalam mendalami ilmu islam akan menjadi saksi ketakwaan kita apabila kita akan bertemu dengan ALLAH nanti. Kali ini saya ingin menperkenalkan kepada sahabat sekelian sebuah buku hasil himpunan kisah insan-insan yang hebat dari barat yang mendapat hidayah daripada ALLAH swt dan menyebarkan dakwah islamiah ke seluruh dunia iaitu "ALLAH IS CALLING"...



SINOPSI BUKU INI:
Hidayah Allah ada dimana-mana sahaja, namun hanya yang terpilih sahaja yang akan menerimanya. Kita biasa mendengar kisah-kisah non-muslim yang dibukakan hati oleh ALLAH lantas akhirnya mengucap kalimah syahadah dalam kerelaan.
Tahukah kita, begitu payahnya mereka mengharungi pelbagai dugaan dan perit getir dalam proses mencari tuhan, seterusnya meneruskan kehidupan sebagai individu muslim? Meskipun penuh onak dan ranjau,mereka cekal menempuhinya kerana keimanan dan keyakinan kepada ALLAH swt mengatasi segalanya.
Jesteru,bersyukurlah dan berbahagialah dengan nikmat hidayah yang ALLAH swt kurniakan dan jangan kita biarkan ia berlalu pergi daripada kita kerana ia begitu sukar dimiliki, mohonlah selalu pada yang Esa supaya ditetapkan iman dan istiqamah kita diatas jalan-Nya.
Buku Allah is Calling ini mengumpulkan pengalaman hidup saudara-saudara kita yang bertuah kerana menjadi insan terpilih. Kini, demi meraih keredha Allah, ketenangan jiwa  dan kehidupan yanglebih bermakna, mereka berjuang menyebarluaskan dakwah kepada insan-insan yang masih bergelumang dalam kegelapan. Buku yang padat dengan inspirasi dan sarat dengan motivasi, wajar dimiliki sebagai sumber infomasi dan koleksi peribadi.


APA KATA PENERBIT:
Allah berfirma dalam kitab suci al-Quran yang bermaksud :"Dan siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada ALLAH, mengerjakan amal soleh dan berkata "sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri" (Fussilat:33)


 Barangkali kita semua telah mengetahui akan hakikat ini, betapa menyeru kepada kebaikan itu adalah sesuatu yang amat besar nilainya disisi ALLAH swt, walaupun dengan hanya sepatah kata. Selagi mana kita sentiasa istiqamah dengan usaha menyeru kepada ketaatan terhadap ALLAH swt, sama ada memalui lidah mahupun pena, ia pasti akan menjadi sebahagian daripada amal soleh kita sebagai hamba-NYA di muka bumi ini...
Buku "ALLAH is calling" cuba mempersembahkan kepada pembaca untuk mendokumentasi himpunan perkataan yang mampu menyeru ketaatan mereka kepada ALLAH, tuhan sekelian alam. Mungkin buku tidak mampu mengungkapkan keseluruhan ilmu ALLAH yg amat luas ruang lingkupnya, tetapi sekurang-kurangnya ia menjadi sebahagian daripada ruang untuk pembaca memcapai kesempurnaan itu. Kombinasi ilmu yang terkandung pada dalam buku ini mampu dicapai oleh pembaca, mudah-mudahhan dapat mencetuskan benih-benih pengetahuan yang segar diminda pembaca. Lantas, kelak ia akan tumbuh segar menjadi rimba ilmu yang berharga dan menaungi setiap usaha kepada pembinaan tamadun kemanusiaan yang sentiasa tunduk patuh kepada ALLAH.


Tiada yang lebih bermakna selain daripada kepuasan pembaca meneguk manisnya ilmu yang terkandung dalam buku ini dan tiada yang lebih berharga selain daripada menjadi sebahagian daripada pemangkin pembinaan tamadun yang cintakan ilmu. Biarpun ia harus melalui ruang masa yang panjang, tetapi ia tetap bernilai. Seperti perpatah cina lama yang berbunyi "andai inginkan kebahagian setahun, semailah benih, andai inginkan kebahagian sepuluh tahun, tanamlah pokok dan andai inginkan kebahagian seratus tahun, didiklah manusia"
Justeru itu, ruang waktu yang lama ini tidak sesekali mematahkan semangat. Apa yang dipersembahkan adalah lembaran ilmu yang diharapkan menjadi himpunan kata sebagaimana yang dimaksudkan oleh ALLAH swt melalui surah Fussilat, ayat 33. Manfaatkan jua yang tersimpul menjadi harapan kami tatkala limpahan ilmu daripada buku terbitan Kemilau Publika Sdn Bhd. 


MAHU BELI BUKU INI...?


beli secara online dengan klik ke URL dibawah
http://www.stormreaders.net/nProductCode=KPBK1017/abu_adib
dengan harga RM 18.00 sahaja(tidak termasuk kos penghantaran)
>Sila SMS ke 0192929424 untuk belian secara offline
sila klik DISINI dan sila isi borang yang disertakan untuk pertanyaan


sekian terima kasih dan saya memohon kepada ALLAH supaya ketemukan lagi pada masa hadapan, insyallah :)



0 ulasan:

Catat Ulasan